Assalamualaikum W.b.t......ini merupakan blog kawan yang pertama....kata org. baru-baru nak belajar jadi bloger lah ni.....hari ni kawan nak cerita tentang satu program yang sedang kawan sertai ni....sebab itulah kawan namakan blog ini kerananmu ppg....program ppg ini adalah program untuk mensiswazahkan guru-guru bagi memenuhi permintaan peratusan guru siswazah di sekolah-sekolah rendah....
Maka tersebutlah kisah pada bulan mac baru-baru ini menderu-derulah nama-nama kalangan guru yang telah dipaksa rela untuk mengikut program ini dibeberapa pusat wilayah.....ada yang ke UPSI,....ada yang ke OUM,...ada yang ke Kusza....dan kawan sendiri terlontar ke USM....Alkisah bernasib baik lah sikit kawan ni...kerana program ini tempat mengajinya hanya di pusat pengajian kesihatan usm kubang kerian....hanya semerhalah sahaja rumah kawan......nak dijadikan kisahnya maka...berderu-derulah puak-puak kawan datang mengaji pada hari yang ditetapkan...ada yang datang bertongkat,berusung,berdukung anak dan macam-macam lagi...almaklumlah mengaji cara golongan tua macam kawan ni.....banyak keris yang perlu dibawa dipinggang...bila tiba bab assigment...peningnya bukan kepalang...nak pulak bila menggunakan ict....rasa gelap gulita....almaklumlah kita ni org zaman purba sikit...mana tahu hal-hal ict ni....ini pun selepas puas berguru...itupun belum khatam-khatam lagi ..kawan try buat bloger...so kalu ada apa-apa yang tak kena...kawan nak ucapkan...i am sorrryyyyyyy...............chiow jumpa lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan